About

Tentang Penulis

Asalamualikum dan Salam Sejahtera

Jutaan dan Ribuaan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang sudi singgah melawat kat blog yang tak beserapa ini. Sebelum itu adalah lebih elok saya perkenalkan diri, Nama di beri Mhd Rahmad tetapi lebih mesra di panggil Mad, Mat, Rahmad, Mamat.

Tentang Penulis Rahmad Mat Bah Pulak

Dilahirkan sekitar tahun 1991 dan di jangkakan usia saya akan bertambah setahun setiap tahun pada 27 September. Masih lagi menuntut ilmu di Institut Pengajian Tinggi Awam dalam bidang Matematik Komputer Grafik. Pendidikan tertinggi setakat ini Sijil Pelajar Malaysia (SPM).

Membesar dalam keluarga yang susah dahulunya dan kini hidup bersederhana cukup makan dan segala keperluan asas berkat usaha gigih mak dalam bisnes kecil kecilan. Di didik untuk hidup berdikari, tidak sombong dan sentiasa menghargai sahabat yang pernah hadir dalam hidup ini walaupun titik perkenalan itu tidak begitu lama.

Dahulunya saya seorang yang pemalu ketika zaman sekolah menengah tetapi rakan-rakan saya tidak mempercayainya dan mengatakan saya seorang yang tidak tahu malu dan mesra alam. Saya banyak belajar benda baru ketika berada di alam Universiti dan mengaktifkan diri dengan pelbagai program. Belajar leadership, management, orgnizing dan sebagainya.

Berasal dari Keningau Sabah dan kini menetap di Sabah. Mula terjerumus dengan dunia blogging sekitar penghujung tahun 2010. Alhamdulilah penghujung tahun 2013 saya lebih menumpukan personal blog kepada dunia grafik dan akhirnya memutuskan untuk beli nama domain yang mengandungi nama sendiri.

Latar Belakang Pendidikan

Tidak ada tadika, Bersekolah rendah di SK Bulu Silou Keningau, Bersekolah Menengah di SMK Gunsanad Keningau, kemudiannya tingkatan 4 berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Keningau seterusnya ke Kolej Matrikulasi Labuan dan lastly nak dapatkan degree (dlm prosess) Universiti Malaysia Sabah.

Kenapa guna nama domain www.rahmadgraphic.my?

Sebab menggunakannya adalah bagi menerapkan keunikkan dalam domain name iaitu persaingan melalui search engine seperti google. Jika guna keyword graphic terdapat beribu yang menggunakannya tetapi keyword rahmad graphic hanya beberapa sahaja yang menggunakannya.

Kenapa guna dot my bukan dot com. Saya menggunakan domain dot my adalah kerana ingin memfokuskan pembaca dalam negara Malaysia Sahaja. Lagi pun masa saya beli domain ni adalah ketika waktu promo dan tak pikir panjang sangat terus beli.

Pengenalan Blog

Rahmad Graphic adalah merupakan pertubuhan bebas yang berkarya dalam dunia alam maya dari segi Vector Illustration, Poster Design, Kad Kahwin, Banner, Banting, Tag Nama, etc.

Mula bergerak dalam industri designing sekitar akhir tahun 2012. Sekitar bulan 10/2013, Rahmad Graphic kini lebih serious dalam menghasilkan tempahan-tempahan design melalui alam maya.