Cara Buat Banner Dengan Photoshop CS6
Asalamualaikum dan Salam Sejahtera
Membuat banner adalah suatu perkara yang WAJIB dalam melakukan hebahan untuk mana-mana aktiviti seperti perkahwinan, pertunangan, program kemasyarakatan, program riadah, program Jom Heboh dan banyak lagi.
Menghasilkan design banner berdasarkan daripada idea anda sendiri memerlukan skill pengunaan photoshop yang tinggi. Tool yang biasa saya gunakan adalah menggunakan pen tool di gabungkan dengan beberapa jenis brush serta kombinasi beberapa layer yang menjadi pattern untuk membentuk latar belakang yang menarik.
Untuk tutorial ini, saya hanya menunjukkan cara yang mudah dalam menghasikan sebuah reka bentuk banner untuk aktiviti yang memerlukan hebahan yang akan di paparkan di pinggir jalan or pinggir pantai.